Antara tempat percutian popular di Sabah adalah di kawasan tanah tinggi di Kundasang Ranau. Suasana yang sejuk, nyaman dan segar membuatkan ramai yang terpikat untuk ke sana. Tambahan pula ia adalah tidak jauh dari kawasan tarikan pelancong yang lain seperti Taman Negara Kinabalu Sabah, Desa Dairy Farm Mesilau Highland dan juga kawasan air panas Poring. Alang-alang ke sana apa kata kita bermalam sahaja di resort atau hotel yang terdapat di Kundasang.
Jika anda tanya saya, saya cadangkan anda tinggal sahaja di Kinabalu Pine Resort Kundasang.
Hotel Dan Resort Di Kundasang
Walaupun terletak di tanah tinggi, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak hotel, resort, homestay mahupun rumah tumpang di sini. Oleh kerana ramai pelancong yang suka bermalam di Kundasang, maka industri pelancongan dan hospitaliti agak BOOM di daerah ini. Sekiranya ingin ke sini dimusim cuti, saya nasihatkan anda semua tempah awal-awal tempat tinggal. Selalunya FULL HOUSE bila musim cuti.
>> BUAT TEMPAHAN DI KINABALU PINE RESORT <<
Sayangnya tiada usaha-usaha untuk mencantikkan kawasan ini dan membuatkan pelancong lebih selesa. Mungkin ada dalam perancangan, cuma saya yang tidak tahu. Wallahualam..
Diantara tempat penginapan yang agak popular di sini termasuk Kinabalu Pine Resort Kundasang, Perkasa Hotel, Ceyln Resort Hotel, D’Villa Rina Ria Lodge dan Mesilau Nature Resort. Kebanyakkan tempat penginapan ini boleh ditempah secara online. Tidak perlu susah payah untuk cari rakan di Sabah untuk membantu tempah tempat tinggal anda. Yang penting, anda pilih resort atau hotel yang sesuai dengan anda.
Jadi, mana satu yang patut di pilih?
Sukar hendak membuat perbandingan sebenarnya. Mungkin perlu buka dompet dulu dan tanya harganya.. ![Kinabalu Pine Resort Kundasang Sabah icon biggrin Kinabalu Pine Resort Kundasang Sabah]()
Kinabalu Pine Resort Kundasang
Sekiranya keselesaan dan pemandangan indah yang anda mahukan, saya rasa Kinabalu Pine Resort Kundasang ini amat sesuai untuk anda. Dengan kemudahan yang disediakan serta keselesaan yang diberikan, harga yang dikenakan amat berbaloi sekali. Ia terbaik bagi percutian keluarga (family vacation).
Resort ini terletak kira-kira 15 minit pemanduan dari Taman Negara Kinabalu (Kinabalu Park). Anda perlu terus memandu selepas tiba di pekan Kundasang. Ia terletak di sebelah kanan anda jika anda memandu dari Kota Kinabalu. Ada papan tanda besar di hadapan pintu masuknya dan terdapat banyak pokok pine dalam kawasan resort ini.
>> BUAT TEMPAHAN DI KINABALU PINE RESORT <<
Anda boleh menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu dari hampir kesemua chalet yang terdapat di resort ini. Chalet-chalet ini dilengkapi dengan kemudahan TV satelit, Wi-Fi, intercom dan sebagainya. Tinggal di sini tak perlu guna aircond. Memang dah semulajadi sejuk terutamanya di waktu malam.
Keadaan dalam chalet amatlah selesa dan bersih. Ia dijaga rapi oleh pihak pengurusan di resort ini. Malahan keselurahan kawasan di resort ini agak bersih dan menyegarkan. Oleh itu, tidak hairanlah, resort ini telah memenangi banyak award dan pengiktirafan serta menjadi pilihan ramai pengunjung di Kundasang. Antara award yang dimenangi termasuklah:
-
Malaysian Tourism Awards – Excellence in Hotel Services
-
National Landscaping Awards – Champion of the Champions
-
Clean & Green Premises Awards (Environment)
The Pines Restaurant
Sekiranya anda terasa lapar, anda tidak perlu turun ke pekan Kundasanag untuk mengisi perut. Pergi sahaja ke The Pines Restaurant yang menghidangkan pelbagai hidangan yang lazat lagi menyelerakan. Restoren ini juga mendapat sijil pengiktirafan HALAL sejak tahun 2009 lagi.
Ok, tidak lama lagi cuti sekolah akan bermula. Bagi mereka yang belum ke Sabah dan bercadang hendak ke Sabah, maka masukkan Kundasang dalam destinasi anda nanti. Untuk penginapan yang lebih selesa di Kundasang, tinggal lah di Kinabalu Pine Resort ya.. Tempah awal. Nanti penuh pula nanti.
- Kinabalu Pine Resort Kundasang Sabah
The post Kinabalu Pine Resort Kundasang Sabah appeared first on Dulu Lain Sekarang Lain.