
Dalam perkongsian terdahulu, saya telah menceritakan secara ringkas mengenai tempat-tempat menarik yang kami sekeluarga lawati di daerah Tambunan semasa cuti hujung tahun lepas. Percutian yang pendek itu (cuma 2 hari, 1 malam sahaja) melibatkan bermalam di Tambunan dan tempat penginapan yang menjadi pilihan kami adalah 7-Lodge Tambunan.
7-Lodge Tambunan
Rupanya, terdapat banyak tempat penginapan di daerah Tambunan tetapi saya rasa ‘online presence’ tempat-tempat lain tidak sehebat 7-Lodge Tambunan.
Ia mendapat review yang baik dan caj bilik juga sederhana.
Saya cuma membuat carian di google – tidak terfikir pula untuk mengunakan aplikasi lain sebab memang tidak tahu tentang sebarang aplikasi yang sesuai kecuali laman untuk membuat tempahan terus.
Tempahan
Tahun ni barulah saya sedar bahawa terdapat beberapa laman web yang memudahkan pengguna melihat pilihan hotel yang terdapat di sesuatu tempat dan seterusnya membuat tempahan bilik secara online di beberapa portal online seperti booking.com, agoda.com dan sebagainya.
Saya menempah bilik di 7-Lodge Tambunan dengan membuat panggilan telefon dan emel – sungguh ketinggalan zaman!
Di antara laman web yang memudahkan carian dan penempahan penginapan adalah HotelsCombined.my – bukan tempat untuk membuat tempahan penginapan tetapi suatu alat yang menyenaraikan tempat penginapan yang sedia untuk ditempah.
Ia membantu pengguna membuat perbandingan harga yang ditawarkan online di pelbagai laman pelancongan terkemuka seperti Expedia, Booking.com, Holels.com dan sebagainya (termasuk laman yang kurang terkenal seperti Amoma, Skoosh, dan lain-lain.
Hanya perlu taipkan nama tempat dan tarikh yang sesuai, lantas nama hotel/asrama/homestay beserta caj bilik akan tersenarai hampir serta merta.
Bukan itu sahaja, gambar tempat penginapan tersebut juga disertakan.
Maka anda akan dapat membuat pilihan berdasarkan bajet dan citarasa. Keunggulan perkhidmatan HotelsCombined ini telah menyebabkan mereka menerima anugerah World’s Leading Hotel Comparison Website category J semasa World Travel Awards pada tahun 2013, 2014 and 2015.
Jadi, bolehlah guna HotelsCombined untuk mencari penginapan yang paling sesuai dan pada kadar terbaik sebelum anda membuat tempahan hotel di mana-mana.
Berbalik kepada 7-Lodge Tambunan. Terletak lebih kurang 5 minit dari pekan Tambunan, ianya terdiri daripada beberapa buah bangunan iaitu:
- Billian Villa – 8 buah bilik di sebuah rumah banglo 2 tingkat
- The 7-Lodge – 7 buah bilik di bangunan utama di mana terletak pejabat dan sebuah restoran
- Salangan Resthouse – 4 buah bilik di sebuah rumah yang berbentuk panjang.
7-Lodge Tambunan menghidangkan para tetamu dengan suasana desa yang dikelilingi dengan tumbuhan hijau dan pelbagai jenis pokok.
Bagi saya, ia merupakan tempat penginapan yang sangat mesra keluarga kerana kemudahan yang diberikan memberi peluang kepada keluarga mengadakan pelbagai aktiviti riadah di dalam perkarangan kawasan tersebut.
Antara aktiviti riadah yang boleh dilakukan di sana adalah memancing, barbeque, bersukan dan berkhemah (peralatan berkhemah boleh disewa di sana).
Selain kemudahan-kemudahan yang biasa disediakan di hotel-hotel seperti tuala mandi, kemudahan membuat kopi/teh, rancangan ASTRO, wifi, pendingin udara, dan sebagainya, ia juga menyediakan kolam ikan air tawar, tempat untuk memanggang (selepas pancing ikan di kolam, bolehlah terus memanggang) dan kawasan untuk melepak/jogging yang sangat luas.
Salangan Resthouse
Kami telah menempah bilik-bilik di Salangan Resthouse yang dilengkapi dengan dua buah meja makan keluarga yang ditampatkan di kawasan verandah. Maka itu, dapatlah kami sekeluarga makan malam bersama-sama di luar bilik sambil menghirup udara segar dan dingin.
Cuma perlu ketuk pintu-pintu bilik untuk berhubung. Budak-budak melompat-lompat atas katil pun boleh didengar di bilik sebelah….sabar je le…. Buat macam rumah sendiri!
Anak-anak cukup riang ria di Salangan Resthouse sebab kami dapat ‘privacy’ dan tidak perlu kontrol volume suara sepanjang masa. Kenderaan pun diletakkan hanya beberapa langkah dari pintu bilik, maka mudah bagi kami memunggah keluar dan masuk barang-barang.
Tengoklah – seluas-luas kawasan untuk kami sekeluarga (10 orang). Kebetulan pula masa itu, cuma kami yang menginap di Salangan Resthouse, jadi memang betul-betul macam rumah sendiri. Kalaulah masa percutian panjang, tentu kami akan memancing dan memanggang ikan di situ.
Secara ringkas, 7-Lodge Tambunan (terutama sekali Salangan Resthouse) adalah tempat penginapan yang sangat sesuai untuk seisi keluarga dan untuk mereka yang menghargai suasana desa yang tenang dan nyaman.
The post 7-Lodge Tambunan appeared first on Dulu Lain Sekarang Lain.