Antara kerja-kerja yang pernah saya lakukan selepas berhijrah ke negeri Sabah termasuklah kerja-kerja dalam bidang pengiklanan dan pencetakkan. Kenangan menarik ketika melakukan “type-setting” buat kolej-kolej tempatan yang mana pelajar-pelajar mereka memerlukan kad matrikulasi. Kami diberikan senarai nama pelajar-pelajar yang panjang di awal semester dan perlu memasukkan di dalam kad yang akan dicetak oleh syarikat kami. Setiap kolej ada beratus-ratus nama dan tidak seperti di IPT awam, pelajar-pelajar di kolej swasta tempatan ini kebanyakkannya terdiri dari mereka yang jauh di pendalaman dan tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.
Kami sering tertawa bila melihat nama-nama pelajar-pelajar ini terutamanya saya yang berasal dari Semenanjung dan tidak biasa dengan nama sebegini Ia agak lucu bagi kami dan adakala saya merasakan ibu bapa mereka meletakkan nama anak-anak mereka ikut suka hati diaorang aje. Namun, bila difikirkan sekarang, tiada apa yang lucunya kerana perkataan-perkataan atau nama-nama itu mungkin ada makna yang lain atau tiada makna langsung dalam bahasa ibunda mereka. Oleh itu, nama-nama seperti Timun, Kangkung, Datu Tigabelas, Elvis Presley dan sebagainya adalah suatu yang biasa dan tidak perlu dihairankan, kecuali Machine Gun :D yang saya masih rasa agak lucu sikit .. he he..
Bagi peminat-peminat bola pula, jika anda datang ke Sabah, jangan terkejut jika anda berjumpa dengan Ronaldo, Maradona, Zidane dan Romario. Yes! Ada orang-orang di sini yang bernama sedemikian, in fact dalam kes Ronaldo, ada beberapa orang termasuk rakan sekolah anak saya.
- Timun Bin Kangkung