Baru-baru ini berlangsung pertandingan Dragon Boat Race di Taman Awam Teluk Likas Kota Kinabalu Sabah. Ia bagi merebut Piala Yang Di Pertua Negeri Sabah. Ini merupakan kali ke-26 ia dianjurkan dan seperti biasa berjaya menarik sambutan hebat dari peserta-peserta dan penonton bagi acara tahunan ini. Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Mahiruddin telah pun berangkat ke Taman Awam Teluk Likas Kota Kinabalu bagi merasmikan dan menyaksikan Dragon Boat Race ini bersama-sama VIP-VIP seperti Datuk Abidin Madingkir, Datuk Masidi Manjun, Datuk Ellron Angin dan Datuk Yee Moh Chai. Juara, Team Kiber Sambas dari Kalimantan Barat menerima hadiah RM 4,000 dan trofi dari Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Mahiruddin.
Bila ada acara begini tension sikit saya kerana lens yang saya gunakan cuma standard lens dan tidak boleh zoom ke tengah laut, maka hasilnya tak lah seberapa… errkkk… Namun, enjoy juga melihat Dragon Boat Race biarpun keadaan di Taman Teluk Likas (Likas Bay) amat sesak dengan kenderaan dan orang ramai. Ada kereta yang park sehingga hampir dengan bulatan Wisma Perindustrian dan Anjung Selera.. mak oii jauhnya.. ponat kaki berjalan. Cuaca amat baik – terang dan tiada hujan sehingga habis pertandingan. Ada bawa anak-anak dan sempat berkelah dan mandi-manda di sana. Para peserta tinggal di sekitar Teluk Likas dalam khemah yang disediakan.
Naib juara bagi 26th Sabah Dragon Boat Race ini adalah pasukan kebangsaan Brunei Darussalam A, manakala Penang Forward Sports Club berada di tempat ke tiga. Juara 3 kali berturut-turut, Pertubuhan Peladang Tuaran gagal berada di tiga tempat teratas kali ini.
Bagi acara lumba terbuka lelaki 200 meter, Podsi Kalbar A, juga dari Kalimantan Barat berjaya menjadi juara, diikuti oleh oleh Tanjung Papat dari Sandakan dan Persatuan Nelayan Lentuong pula di tempat ke tiga.
- 26th Sabah Dragon Boat Race