Quantcast
Channel: Sabah – Dulu Lain Sekarang Lain
Viewing all articles
Browse latest Browse all 54

Ratu Ibu

$
0
0

Siapa kata ibu-ibu tidak lagi mengancam dan bergaya? Berdasarkan sambutan hebat pada Pertandingan Ratu Ibu Sempena Hari RTM ke 65 di City Mall, Kota Kinabalu Sabah nampaknya ayah-ayah kenalah jaga ibu-ibu dengan baik-baik. Ibu-Ibu zaman ini dah pandai jaga body dan terus kekal menawan biarpun dah beranak lima. :D , Mungkin atas hakikat itu, maka RTM mangambil langkah bijak mengadakan Pertandingan Ratu Ibu (instead of Ratu Remaja) sebagai salah satu acara sambutan Hari RTM ke 65. Selain dari “cat walk” dan mengenakan pelbagai pakaian menarik, bakal-bakal Ratu Ibu di minta menyanyi dan menjawab pelbagai soalan. Bukan senang nak jadi Ratu.. Cuba tengoklah gambar-gambar di bawah:

Ratu-Ibu

Peringkat separuh akhir Pertandingan Ratu Ibu ini telah dijalankan pada 19hb Jun yang lalu di City Mall dan peringkat akhir pula akan berlangsung pada 26hb Jun nanti di tempat yang sama. Finalis-finalis telah dikenalpasti dan kini membuat persiapan terakhir bagi berjuang merebut gelaran Ratu Ibu RTM nanti. Kalau ada kelapangan dan tinggal di sekitar KK, jom pi tengok Ratu Ibu. :D Tapi janganlah lupa kat Ratu Ibu di rumah tu ye… bawak la sekali. :wink:

Ratu-Ibu-2

Ratu-Ibu-3

Ratu-Ibu-4

- Ratu Ibu


Viewing all articles
Browse latest Browse all 54

Trending Articles